Friday, September 3, 2010

Rezeki Halal, Untung & Berkat: Bersyukur masih hidup aku hari ini...

Rezeki Halal, Untung & Berkat: Bersyukur masih hidup aku hari ini...: "Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi yang memberi pelbagai nikmat kehidupan...banyak tu tak bro & sis... tak terkira banyaknya..oleh itu..."

Sunday, August 22, 2010

Bersyukur masih hidup aku hari ini...

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi yang memberi pelbagai nikmat kehidupan...banyak tu tak bro & sis... tak terkira banyaknya..oleh itu bersyukur la..teruskan kehidupan... harungi kehidupan ini dengan penuh kesyukuran ' as a good muslim, to be a TAKWA person' betui ke ayat tu..hantam aje la yg penting paham maksud..dah sekolah tak tinggi macam ni la... kesempatan ini lagi sekali ucap kesyukuran dihidupkan dalam bulan Ramadhan al mubarak ini..ayuh kita kayuh2 bersama-sama menuju ke akhir Ramadan dengan sasaran kita semua malam al qadar,,,ayuh teruskan kayuhan anda semua....

Saturday, August 21, 2010

Ujian..ke...Musibah ke.. semuanya tu dari Tuhan, Ramadan Kareem..

Salam, sedikit pengalaman diri mungkin boleh dikongsi dengan blogger or org diluar sana... Alhamadulillah kini aku mungkin diuji oleh Tuhan..syukran...maklum la 'balada orang yg banyak dosa'..macam tajuk lagu lak..

Kini kaki kanan ku bahagian 'Ankle' bengkak,sakit,berdenyut.. sedikit memayahkan aku untuk bergerak...(mohon didoakan kesembuhan bagi diriku orang diluar sana) tapi aku tetap bersyukur, banyak lagik nikmat Tuhan yang aku perolehi..Belajarlah untuk 'TERHIBUR' dengan ujian Tuhan.. payah hati untuk menerimanya tapi begitulah pusingan hidup ada sakit ada sihat, ada kuat ada lemah, ada lori ada bas, ada wedok ada lanang (sori cakap bahasa ibunda sikit), ada kaya ada miskin, ada tinggi ada rendah, ada hitam ada putih dan color2 yg lain lagik.. ada yg puasa ada yg tak puasa walau apa jua alasan...begitulah seterusnya..

Manusia tetap manusia bukan jin atau setan tapi sekiranya keharmonian unsur dalaman seperti IQ, EQ, SQ,QQ (apa tu tak pernah dengar pun QQ tu Quranic Quetion..) tak kira la apa jua namanya yang penting 'just name it' cakap orang kampung.. kalau tak dijagainya manusia itu akan lebih dari setan lagik perangainya.. buktinya banyak terpapar kat media..sebenarnya bagi aku kita semua cubalah berusaha mencipta sesuatu keadaan/suasana lain tak bukan, sekadar mengharapkan Keredhaan Tuhan... sebab apa tak guna istilah CARI, ye la kalau cari kekadang jumpa kekadang tidak nasib2 last2 'boring' putus asa tu yg jadi makin parah tu.. ikut hati mati,ikut nafsu lesu,ikut setan parah,ikut Tuhan Selamat.. hidup bercelaru,jati diri entah ke mana... okey la sapa2 nak sambung celoteh ni or nak komen dibolehkan kita kayuh pelan2,santai dan tiada bebanan....selamat menjalani ibadah puasa...Jangan rajin puasa tapi Aurat Terbuka, Jangan Rajin Teraweh tapi solat 5 waktu tak cukup... macam-macam..okey la berjumpa lagik dilain masa..harios hamigoes...

Monday, August 9, 2010

SALAM SILATURAHIM BUAT SEMUA... SILA MASUK JANGAN SEGAN...

Salam Sejahtera.. terima kasih kerana sudi menjenguk blogs saya ni, bak kata pepatah saya budak baru belajar dalam hal blogs mem'blogs' ni...kalau salah dan silap harap maafkan..Blog saya ni dibuat bagi mereka diluar sana yag suka membaca (iqra, kata orang kampung ayah saya, read, kata orang kampung ibu saya)

Blogs saya ni sebagai percubaan memasarkan barangan KESIHATAN seperti Barangan Herba yang halalan thoiyiban & juga Produk Koyok Buang Toksid yang tengah meletup dipasaran...cuba nengok gambar kat bawah ni...eeee..teruknya....akibat penangan TOKSIN...

Jadi sebagai usaha kita menyayangi tubuh badan kita anugerah Tuhan ni, beralihkan kepada produk herba-herba-an yang terbukti keberhasilannya sejak zaman berzaman. Konsep penggunaan herba ni kekadang orang tak paham, mengikut ahlinya apabila kita gunakan produk herba ni sekurang2nya 120 hari minimum... itu adalah sebabnya, tang tu cerita dilain masa lak... apa2 hal pun kepercayaan, iktiar & tawakal itu penting dalam hal penggunaan produk herba ni..Produk herba adalah bersifat alamiah.... maksudnya natural semulajadi ditambah lagik dengan sikap usaha kita dan tawakal kepada yang empunya dunia ini sesungguhnya cantik kehidupan ini.. dalam sakit/apa jua masalah adalah ujian Tuhan dalam ujian ada pengampunan Tuhan...mudah2han...begitulah hendaknya...betul tak...

Dalam blogs ni saya akan memanjangkan isu penggunaan produk yang berasaskan herba-herba-an dengan merujuk kepada ahlinya...mengikut kadar kemampuan saya yang serba terbatas ni...Jadi produk berasakan herba yang saya pilih adalah daripada produk :-

1. Produk herba barangan HPA..dengan tag terkenalnya mai secawan....kopi radix...


2. Sementara Produk Koyok Buang Toksid (Foot detox Patch, kata orang kampung la) pula juga berasaskan herba gak... info seperti dibawah  :-

MUDAH DENGAN 3 T..... TAMPAL, TIDO, TOKSIN HILANG.


Kandungan Koyok Buang Toksin (Detox Foot Patch)

Tiada bahan terlarang dalam kandungannya. Ianya mengandungi herba-herba terpilih seperti :-

* Wood Vinegar Extract
* Bamboo vinegar Extract
* Chitosan
* Plant power;
* Vitamin C
* Tourmaline Cornstarch

Formula Foot Detox Patch dari bahan semulajadi (cuka wood dan bamboo vinegar, tourmaline, chitin-chitosan, vitamin C, Shokubutsu seni dan daun loquat) akan menyerap toksin badan yang menyebabkan kesakitan melalui tapak kaki . Anda akan tidur lena dan bila bangun pagi akan merasa segar dan kaki akan berasa \\\\\\\\\\\\\\\'ringan\\\\\\\\\\\\\\\'. Ini berlaku kerana sebahagian toksin telah diserap keluar oleh Detox Foot Patch. Setelah itu anda hanya perlu \\\\\\\\\\\\\\\'maintain\\\\\\\\\\\\\\\' seminggu sekali sahaja untuk membuang toksin dari badan sekiranya toksin dalam badan anda semakin berkurangan.



Apa itu TOKSIN?

Produk ini dapat mengeluarkan toksin dari badan anda terutama yang terkumpul di hati. Tahukah anda toksin di dalam badan anda jika terlalu banyak boleh mengundang pelbagai penyakit kronik. Jika anda tidak pernah membuang toksin dari badan anda sejak lahir sehingga 30 tahun bermakna sudah bermacam-macam toksin telah berkumpul di dalam badan anda. Jika sistem semula jadi tubuh tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain. Toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia. Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Berdasarkan kepada ilmu perubatan Cina, badan kita mempunyai lebih 360 titik akunpuntur, di mana 60 titik akupuntur ditemui di bahagian kaki. Bahagian kaki atau lebih sinonim sebagai "jantung kedua" ianya merupakan zon refleksi untuk organ dalaman utama badan kita dan merupakan "rumah" kepada pelbagai jenis toksik. Apabila kita memakainya pengedaran darah berlaku di bahagian tapak kaki, ianya akan menyerap toksik yang dibebaskan dari titik akupuntur. Dengan hanya menggunakan dalam tempoh satu malam sahaja kita akan dapat melihat kesan penggunaan iaitu perubahan dari segi warna dan bau (dari warna cerah ke warna coklat perang/hitam)- ayat ni pun copy dari blogs yg lain...terima kasih daun keladi la yea...



whoa!! Bahaya rupanya toksin ni yer..?!
Oleh itu, langkah awal untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.


**** still under construction *****